08 October 2015

DIY : Baby's Headband dan Headband Holder

Masa kerja dulu, asal ada benda rosak he terus saya buang. Sebabnya tak ada masa nak repair. Tapi sejak-sejak bercuti panjang ni, segalanya saya simpan.
Kali ni cekak yang dah patah, headband yang dah putus, getah rambut yang dah putus dan tong ESP Shaklee yang dah kosong. Saya simpan dan dah siap pun PROJEK DIY saya ni.
Cekak yang dah patah tu saya ambil ribbonya. Ada batu. Cantik. Sayang nak buang. So saya jadikan headband untuk Zulaikha yang berusia 10 bulan. Simple je. Boleh pakai kat rumah.
Bunga dari headband dan getab rambut yang dah putus, saya jadikan headband untuk Zulaikha jugak. Bunga besar. So sesuai la pakai pegi jalan-jalan atau majlis apa-apa.
Jimat dan tak membazir macam ni.
Elestik lembut untul headband tu saya beli kat kedai jual alatan menjahit. Semeter RM2.20 je. Semeter boleh buat 2 headband. So untuk 4 headband ni, kosnua hanya RM4.40. Kalau beli headband baru tak kurang RM10 kan..kalau nak yang cantik dan nampak exclusive la.
Then, untul display headband ni semua, nak bagi dia nampak kemas, dan mudah dicari, saya guna Tong ESP SHAKLEE yang dah kosong. Saya memang kumpul semua botol-botol vitamin shaklee. Sayang nak buang..semua saya sayang nak buang pulak ekkk..kikiki..
Tong tu pula sesuai sangat dgn headband size kepala Zulaikha. Elok moleh je terletak tanpa jatuh. Actually tong ESP ni saya guna untuk 2 in 1 tau. Tabung dan headband holder. Haaa...terer tak?? Dah jadi multipurpose headband holder pula.
Next project DIY guna botol-botol Shaklee - BANGLE HOLDER.
DIY Headbands yang dah siap. First attempt so simple je. Ok la tu kan..janji boleh pakai.
Tadaaaaa....kemas kan. 
Ni la bahan-bahan yang diperlukan untuk buat headband. 

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Add to netvibes Subscribe in Bloglines

Naturally Healthy and Beautiful Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign