26 December 2017

APA ITU PROSES PENUAAN?

Penuaan merupakan satu proses pengurangan daya maju tubuh badan untuk bertindakbalas terhadap stres luaran dan kebolehan untuk berfungsi dengan baik serta peningkatan kerentanan atau dalam erti kata lain, lebih terdedah kepada penyakit.

Setiap individu melalui proses penuaan yang berbeza. Ada yang umur 30 tapi dah nampak macam 40. Ada yang baru berusia 40, tapi dah nampak macam 60 tahun.

Apa yang meyebabkan proses penuaan ini berlaku? There are no exact reasons. Penyelidikan masih lagi berlaku dan ianya memakan kos yang sangat tinggi. Tapi terdapat beberapa hypotesis berkaitan punca proses penuaan ini. Dalam entry kali ni saya nak fokus pada 2 faktor sahaja. Banyak-banyak kang jadi weng pula pale otak kan..😂

1. FREE RADICAL / RADIKAL BEBAS

Radikal bebas merupakan molekal yang tak stabil yang mengandungi hanya satu elektron sahaja. Radikal bebas ni tak semsetinya bersifat negatif. Ianya boleh juga jadi positif atau natural. Kerosakan yang timbul akibat radikal bebas ini adalah bila ianya bercampur dengan molekul lain yang mengandungi elektron berpasangan. Bila dia bercampur dengan molekul berpasangan, radikal bebas ni akan tarik salah satu elektron dari molekul berpasangan itu tadi untuk dijadikan pasangan dia. Ini meyebabkan molekul yang asalnya ada pasangan, kehilangan pasangannya dan menjadi radikal bebas. Radikal bebas ini akan mencari molekul lain untuk diambil pasangannya.

Bahasa mudahnya, radikal bebas ni ibarat pencuri la. Dia curi elektron dari molekul yang sihat. Pastu elektron yang sihat tu jadi radikal bebas. Dia pulak curi dari molekul sihat yang lain...




So, this process keeps on going. Kesannya, molekul menjadi rosak. Bila molekul rosak, sel rosak. Bila sel rosak, sel tidak boleh diperbaharui. Bila tiada pembaharuan sel, ataupun sel-sel baru tidak dihasilkan, maka berlakulah penuaan.

Apa yang menyebabkan radikal bebas terbentuk?

1. Tabiat Merokok
2. Terdedah kepada sinar UV
3. Metabolisma badan
4. Pencemaran Udara
5. Radiation

2. KEROSAKAN DNA

DNA kalu nak diterangkan secara saintifiknya agak kompleks. Secara ringkasnya, DNA merupakan identiti setiap sel.  Setiap sel berbeza DNA nya. DNA inilah yang menentukan fungsi setiap sel itu. Bila sel membahagi untuk membentuk sel baru, DNA akan ditiru oleh sel baru ni. Contohnya sel A mengandungi DNA bernama A+. So bila sel A ni membahagi dan menghasilkan sel A1 dan Sel A2, maka kedua2 sel baru A1 dan A2 ini akan mengandungi DNA A+ juga.

Kerosakan DNA merupakan satu proses semulajadi. Setiap hari banyak DNA yang mati. Tapi, badan kita mempunyai mekanisma lain yang boleh mengurangkan kerosakan DNA. Mekanisma lain itu akan gantikan DNA yang rosak supaya sel boleh berfungsi dengan baik semula. Tetapi....DNA yang telah diganti boleh rosak jugak!! Penyebabnya?? Radikal bebas!!

APA YANG BOLEH HENTIKAN RADIKAL BEBAS?

Radikal bebas memang tak boleh dihentikan. It is NOT stoppable.
Tapi kita boleh ambil makanan dan suplement tinggi antioksidan untuk menstabilkan radikal bebas tanpa mengangu molekul sihat yang lain.

10 MAKANAN TINGGI ANTIOKSIDAN:

1. Kacang-kacangan.
2. Buah-buahan terutamanya jenis berry yang berwarna terang.
3. Sayur - sayuran
4. Green Tea
5. Minyak Zaitun/ Olive Oil
6. Madu

SUPPLEMENT SHAKLEE YANG TINGGI ANTIOKSIDAN










Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Add to netvibes Subscribe in Bloglines

Naturally Healthy and Beautiful Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign