Showing posts with label INFO PENYAKIT. Show all posts
Showing posts with label INFO PENYAKIT. Show all posts

04 September 2014

SUPPLEMENT : MAKANAN TAMBAHAN

[SUPPLEMENT:MAKANAN TAMBAHAN]

Mcm kat tajuk tu...supplement ni merupakan mknan tambahan. Sebab tu dia kene makan secara berterusan.
Sama lah mcm makan nasi.
Hari ni anda makan nasi.
Pastu esok tak makan.
Minggu depan baru makan nasi lg...dengan harapan nasi yang anda makan hari ni leh buatkan anda kenyang selama seminggu.
Mane boleh kan..kene makan nasi setiap hari kan utk kekal bertenaga.
Macam tu jugak la supplement pun.
Kene makan setiap hari untuk kekal sihat. Kalau sehari makan, sehari tak makan mmg tak boleh la. Tak nampak la kesan dia...
Lain la kalau ubat. Leh tahan lama sebab ubat ada dadah. Contohnya paracetamol. Anda sakit kepala. Anda pun telan dua biji patacetamol. Boleh la dia tahan sakit kepala tu sbb dah nama pun ubat tahan sakit kan..tapi tu sbb ada dadah. Dan kalu selalu ambil leh memudaratkan kesihatan.
Ada jugak kes camni:
Hari ni minum collagen dgn harapan esok pagi bangun tengok muka dah cun melecun macam siti nurhaliza..
Mana bole..
it takes time.
Saya ucapkan TAHNIAH pada sesiapa yang amalkan pengambilan supplement organik, tak kiralah brand apa pun,
Yang saya harapkan adalah commitment dan kesabaran anda.
Percayalah bahawa pengambilan supplement tu akan tingkatkan kualiti kesihatan anda.


bagi saya..saaaangat perlu....=)




Terima Kasih

05 April 2014

Apa itu G6PD

Enzim G6pd
Pengenalan
G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.
Diagnosa
Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah dari tali pusat. Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi secara keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X.
Oleh itu kebanyakanmereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.
Gejala/Tanda-tanda
Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundice) yang tinggi dengan cepat, akibat dari hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk :
Akibat dari kurang darah kelihatan pucat tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
pening
degupan jantung yang laju
sukar bernafas
sakit dada
Akibat dari hemolisis jaundis (kekuningan)
- boleh dilihat pada mata putih atau kulit,warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.
Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.
Ubat-ubat dan bahan-bahan yang patut dielakkan
Bagi kanak- kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu tahu mendalami  mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas.
Mereka perlu menjauhi dari terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis.Hemolisis juga akan berlaku jika beliau termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.
Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat tersebut agar tidak termasuk di dalam susu ibu.Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.
Pastikan anda beritahu doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.
Bahan-bahan / Ubat-ubat Tertentu Yang Boleh Menyebabkan Hemolisis
Makanan dan Herba yang mesti dielakkan :
ἳ1Kacang parang (fava beans)
Ubat China
Chuen Lin
San Chi
13herbs
12 herbs
Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)
Bahan lain yang mesti dielakkan
Ubat gegat (moth balls)
Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium
Ubat yang mesti dielakkan
Acetanilide
Doxorubicin
Furazolidene
Methylene
BlueNalidixic acid
Niridazole
Nitrofurantoin
Phenozopyridine
Primaquine
Sulfamethoxazole
Bactrim 
source:izieherb.net

Terima Kasih

Add to netvibes Subscribe in Bloglines

Naturally Healthy and Beautiful Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign