Showing posts with label KURUS DENGAN ESP. Show all posts
Showing posts with label KURUS DENGAN ESP. Show all posts

08 October 2014

ESP ~ MEMPUNYAI INDEKS GLISEMIK YANG RENDAH (39)

Tahukah anda apa itu Indeks Glisemik?

Indeks glisemik adalah indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mempunyai karbohidrat ke atas paras glukosa darah. Pendek kata, ia menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula atau glukosa dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (GI) yang tertinggi yang akan menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat dengan cepat manakala yang mempunyai GI rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan dan teratur sambil membebaskan glukosa ke dalam sistem badan kita pada kadar yang terkawal. 

ESP
Makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah sangat lambat untuk dicerna dan diserap kerana pemecahan dan pembebasan glukosa adalah secara berperingkat-peringkat. Mengekalkan paras glukosa dalam darah pada kadar yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan kerana ia juga dapat mengawal selera makan si pemakan dan juga melambatkan rasa lapar mereka. Selain itu, ia juga memberi manfaat dalam penjagaan kesihatan untuk jangkamasa yang panjang. 


Di bawah ini merupakan makanan-makanan harian kita beserta indeks glisemik masing-masing. Mungkin ini boleh dijadikan sedikit sebagai panduan bagi mereka yang mengalami kencing manis agar mereka dapat mengawal penyakit mereka melalui kawalan pemakanan.
ESP

ESP



GI tinggi  : 70 dan ke atas
GI sederhana : 56-69
GI rendah : 55 dan ke bawah


ESP mempunyai GI- 39 manakala Meal Shakes GI - 44. GI berada pada paras yang rendah untuk kedua-duanya.

Amat penting bagi pesakit kencing manis agar mereka mengawal paras gula mereka melalui pemakanan ini kerana ia akan turut memberi kesan kepada kualiti hidup dan juga jangka hayat pesakit. Jika paras gula dalam darah tidak terkawal dalam tempoh yang agak lama, ia mungkin akan menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit lain seperti Diabetik neuropati atau kerosakan saraf, hilang daya penglihatan, buah pinggang rosak dan juga hilang deria rasa pada kaki dan tangan. Jadi, cuba dapatkan makanan yang berglisemik rendah sebagai langkah kawalan dan Energizing Soy Protein adalah salah satunya kerana ia juga dapat mengawal selera makan anda untuk tempoh yang lebih lama.



Best regards,
Hafidah Khaja Mohideen
Shaklee Independent Distributor

Rakan Shaklee Anda - COD : Seri Kembangan, Serdang, Sekitar KL
Dapatkan Konsultasi Percuma Dari Saya
Shaklee, Sentiasa yang Terbaik
Tel: 019-2612786
hafidahkhajamohideen@yahoo.com

Terima Kasih

03 October 2014

ESP ~ BOLEH BANTU UNTUK KURUS???

ESP BOLEH BANTU UNTUK KURUS???
Ya..sebab ESP ada leucine
Tahu apa itu leucine?
Leucine ni ialah salah satu daripada 9 asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.
Leucine ni ada fungsi yang tersendiri dan sangat membantu menurunkan berat badan. Bagaimana?
1. Membakar lemak visceral.
Lemak visceral adalah lemak yang berada paling dalam (di bahagian perut) dan susah nak disingkirkan. Tapi leucine ni dapat bantu bakar lemak viseral ni.
2. Rasa kenyang yang berpanjangan. 
Perasan tak bila kita minum ESP kita rasa kenyang dan bertenaga? Sebab Leucine ni bantu bertindak dalam metabolisme glucose. (Glukose ni diperlukan untuk tenaga). Jadi, bila kita minum ESP, even tak makan atau pun masa kita berpuasa ; kita still rasa kenyang...rasa bertenaga.
Selain tu, leucin ni juga boleh rendahkan tahap triglycerides dalam darah yang akan membantu leptin (sejenis hormon) meransang otak dengan lebih baik supaya anda berasa kenyang pada kalori yang rendah... and that's why if nak kurus ESP ni ambil sebelum makan, so, time makan tu kita dah rasa kenyang...automatik kita akan kurang makan.
3. Membina semula otot.
Memang kita boleh dapat leucine dari makanan lain, tapi antara banyak-banyak asid amino, Leucine ni mudah rosak lagi-lagi time senaman. So that's why kita perlukan supplements yang ada leucine (which is ESP la kan) untuk bina semula otot, dan untuk menjalankan fungsi lain. Ha.. tu sebab korang tengok atlet selalunya ambil protein...sebab diorang tak nak kehilangan otot diorang. Kan otot diorang pejal gitu!
Lagi 1...Perasan tak orang yang skip karbohidrat cepat kurus(kurang makan nasi dan sebagainya) dan cepat gemuk?
Nak tahu kenapa?
SEBAB penurunan berat badan macam ni akan menyebabkan kita kehilangan otot. Bila kehilangan otot, ia akan perlahankan metabolisme badan, so orang tu akan naik berat badan dengan cepat.
TAPI.. if kita ambil ESP ni, Leucine dapat kekalkan tisu tanpa lemak. Dalam kata lain, ESP (yang kaya dengan leucine) ni dapat bantu kita kurus kan badan dengan pembakaran lemak dan bukannya mengurangkan jisim otot.
Faham kan?
Selain ESP, supplement Shaklee yang ada leucine ni ialah Cinch shake.


HAFIDAH KHAJA MOHIDEEN SHAKLEE INDEPENDENTT DISTRIBUTOR (SID 910017) CONTACT NO: 019-2612786

Terima Kasih

03 March 2014

APAKAH ITU ENERGIZING SOY PROTEIN ATAU ESP

1. Apa itu Energizing Soy Protein atau  ESP?

Ia adalah protein soya yang berkualiti  tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi. ESP berperanan dalam mengoptimumkan penyerapan nutrient lain oleh badan.

2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa?

Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP. Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu. Alfalfa membantu meningkatkan penghasilan susu manakala ESP membantu meningkatkan kualiti susu. Paling penting, bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah, kekerapan penyusuan haruslah dalam tempoh setiap 3-4 jam dan tujuannya supaya payudara dapat dikosongkan.

3. Berapa harga satu canister ESP?

Harga ESP bagi Semenanjung ialah RM150. Manakala bagi Sabah dan Sarawak ialah RM155.
(Sila hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa).

4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?

Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?

Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.

Sesuai untuk semua lapisan:

1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.

2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!

3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.

4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!

DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

6. Apa rasa ESP sebenarnya?
ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, ada pelbagai resepi ESP lain yang boleh dicuba.

7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?

Insha-Allah, penghantaran mengambil masa 1-5 hari bekerja bergantung kepada kawasan anda.

8. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
Kelebihan Energizing Soy

✅Protein membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan.
✅Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
✅menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
✅Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
✅setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuatkandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
✅indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
✅Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
✅tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
✅Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
✅Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

9. Apa yang saya dapat jika saya consume ESP?

Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:
♧Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.
♧Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
♧Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita.
♧Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
♧Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak.
♧Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser.
♧Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
♧Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan  parut.
♧Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
♧Memulihkan  Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
♧Memperbaiki Memori – Mengu atkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

10. Boleh ke saya kurus dengan pengambilan ESP?

Ya! ESP membantu anda untuk turunkan berat badan. Ia memberi rasa kenyang. ESP adalah protein yg membina otot untuk elakkan dari terjadinya diet yoyo. Sekiranya senaman berkala serta diet yg betul serta pengambilan ESP dan slimming set shaklee di ambil, proses penurunan berat badan akan berjaya.


Terima Kasih

Add to netvibes Subscribe in Bloglines

Naturally Healthy and Beautiful Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign