Showing posts with label PUASA. Show all posts
Showing posts with label PUASA. Show all posts

21 June 2015

6 SEBAB SAYA BENGKAK SUSU WALAUPUN BERPUASA

Assalamualaikum. Lama dah tak update blog. Hari ni tergerak nak update sebab ramai rakan-rakan fb saya yang up kan status bahawa mereka tak dapat teriskan berpuasa sebab baby tak puas minum susu, kencing kotor, pening n pitam.
Memang jadi impian setiap ibu untuk berikan yang terbaik untuk anak. Especially ibu-ibu yang breastfeed ni. Memang terlebih emotional n terlebig sensitive dan overprotective terhadap anak-anak mereka. Betul tak??
Ngeee~~~ saya pun gitu jugak.
Dikala ramai ibu-ibu kecewa sebab tak dapat puasa, saya ni pulak sampi bengkak-bengkak susu setiap dua jam. Kalau anak tertido lama sikit, sakit la miss B. Ada sekali tu bangun nak sahur, baju dah basah lenjun. Biasa jadi begini masa dalam pantang je kan. Ni masa puasa pun terjadi juga. Rahsianya???
1. First skali, sejak sebelum bermulanya Ramadhan lagi saya dah berdoa banyak-banyak pada Allah SWT supaya permudahkan perjalanan menyusukan Nurul Izz Zulaikha selama tempoh berpuasa. Setiap kali lepas solat fardhu dan setiap kali semasa menyusukan Zulaikha,saya akan berdoa.
Sebab, rezeki menyusu anak itu diberi oleh Allah kan..pencipta kita..Dia yang tentukan segala-galanya. So mintak dengan Dia, yang Maha Esa.
2. Saya dah test berpuasa sebelum bulan Ramadhan lagi. Dah latih diri. Dah latih mind saya supaya sentiass fikir susu cukup. Bila anak meragam macam tak cukup susu,saya pujuk dia, main-main dengan dia dan kemudia  sambung bagi susu semula. Saya menyusu sangat kerap.
3. Saya minum SUPER DUPER MILK BOOSTER..
Saya terjumpa resepi drink ni masa nak ganti puasa. Masa tu saya macam ada sikit was-was, boleh ke tidak berpuasa ni. So saya google la supplement milk booster lain selain Shaklee. Sebenarnya saya dah yakin sangat dah dengan shaklee. Tapi ntah la..ibu kan. Memang suka sangat cuba macam-macam produk demi anak dia. Saya google, saya terjunpa 1 produk ni nama dia. U**A *AC**. Saya rikki harga. Ok..agak mahal jugak berbanding shaklee. Saya tengok bahan-bahan yang digunakan dalam produk tu. Saaaangat banyak. Ada Protein, susu kambing, badam,kurma, habbatus sauda,stevia,halba, madu, kismis, dan beberapa bahan lain yang dalam nama saintifik. So saya tak tahu.
Kebanyak bahan-bahan ni semua ada kat rumah, so why not saya try buat sendiri kan...dari membazir beli lagi.
So 1st day ganti puasa tu saya try.
Saya gunakan ESP SHAKLEE sebagai produk protein saya.
Halba - ni saya blend letak dlm 1 botol. Senang nanti bila nak guna
Madu - sikit
Stevia - setitik.
Susu kambing - saya guna Hi Goat
Susu Tepung
Kurma 3 biji
Badam 7 biji
Kismis 7 biji
Masukan semua dalam blender. Saya blend dan minum waktu sahur. Saya masukan beberapa ice cube. Bagi sedap tekak.
1st day ganti puasa tak rasa apa-apa2. Biasa je.
2nd day saya buat lagi resepi yang sama, memang bengkak susu terus waktu tengahari tu.
3rd day, Miss B sentiasa rass berat je walaupun baby dah menyusu.
Yesss....berjaya jugak ku cipta Milk Booster sendiri guna produk Shaklee dan bahan2 yang memang ada di rumah setiap ibu yang breastfeed.
Bulan Ramadhan ni setiap hari saya bersahur dengan SUPER DUPER MILK BOOSTER saya. So far memang sangat puas hati. Baby pun tak melekap lama-lama sangat which means dia cukup susu dan cukup nutrisi.
4. Saya pastikan  saya minum air at least 2 liter. Lepas berbuka seliter. Then in between berbuka dan sahur 1 liter. Masa sahur memang tak boleh nak minum air banyak-banyak..kembang tekak. So saya minum PERFORMANCE DRINK Shaklee.
5. Saya makan heavy meal masa berbuka puasa. Tak ada la istilah nak diet2. Walaupun kenyang makan kuih, saya tetap akan makan jugak yang berat.
6. Saya pastikan saya mendapat nutrisi yang cukup. Bila ibu sihat, cukup nutrisi, InsyaAllah,menyusu ketika berpuasa tak akan jadi satu masalah.
Untuk pastikan saya dapat nutrisi yang cukup, saya ambil
2 biji VITALEA SHAKLEE
2 biji BCOMPLEX SHAKLEE
2 biji VITAMIN C SHAKLEE
Ambil supplement ni semua dan minum SUPER DUPER MILK BOOSTER saya tu bukan je buat saya bengkak susu. Tapi saya sentiasa bertenaga sepanjang hari. Tak lapar
Tak penat
Tak haus
Tak pening.
Saya bukan lah expert in breastfeeding. Saya tulis entry ni berdasarkan pengalaman saya. Saya yakin ramai ibu-ibu diluar sana yang sedang mencari-cari kekuatan dan inspirasi untuk teruskan menyusu sambil berpuasa kan. So hope entry saya ni dapat membantu.

Terima Kasih

Add to netvibes Subscribe in Bloglines

Naturally Healthy and Beautiful Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign